Friday 13 December 2013

Assalamualaikum..


Harimau Selatan (JDT ) tumpas di tangan Kelantan malam semalam.. Satu kekalahan yang agak besar oleh JDT.. Pertembungan dua pasukan hebat ini semestinya di tunggu oleh kedua-dua peminat / penyokong masing-masing..

Dalam perlawanan pertama, Kelantan tewas di tangan JDT 4-2 di Stadium Larkin.. Dan kali ini pula JDT tumpas dengan Kelantan sebanyak 6-1..

JDT Tumpas



Pada perlawanan tadi malam banyak menunjukkan kelemahan benteng JDT.. Kelantan bijak membuat percaturan pemain untuk sentiasa mengambil banyak peluang untuk merobek jentera pertahanan JDT untuk memperoleh gol awal.. 

Percaturan pemain, seperti Dickson, Piya dan Norfarahan memang tampak hebat.. Begitu juga dengan JDT pada malam tadi.. Walau tidak mempamirkan banyak serangan yang berbahaya, tetapi boleh di puji semangat pemain JDT yang di mana mereka berusaha walaupun mereka sudah tahu mereka akan tumpas juga.. Namun semangat seperti ini yang penyokong harapkan..

Musim ini JDT tidak berjaya, namun di musim yang akan datang pastinya JDT akan bangkit.. Mungkin dengan jentera pasukan yang sama ataupun ada penambahan pemain, terutamanya di bahagian jentera pertahanan..

 Perlawanan malam tadi jelas menunjukkan pertahanan JDT memang lemah dan itu yang perlu JDT ambil tindakan iaitu dengan membawa masuk pemain yang boleh digandingkan dengan Aidil Zaquan.. Banyak yang kata JDT lebih kurang seperti Real Madrid kerana banyak pemain pasukan Malaysia berada di JDT.. 

Musim hadapan, JDT pasti akan bangkit..



Saturday 20 July 2013

Assalamualaikum..

Objektif utama blog ini mencuba membuat pelbagai perkongsian tentang dunia sukan sama ada di Malaysia ataupun di luar negara..  Sukan, memang terlalu luas dan blog ini cuba mengetengahkan niche sukan sahaja, sekadar mencuba, mana tahu boleh di jadikan sumber informasi yang baik tentang dunia sukan..



Sukan di Malaysia tampaknya semakin maju, perkembangan sukan di Malaysia dari selepas merdeka sehingga kini, Malaysia sudahpun berjaya menganjurkan pelbagai kejohanan yang berprestij, contohnya Sukan Komenwel 1998.. Masih ingat lagi kah anda??? Stadium Bukit Jalil menjadi saksi kemegahan dan kemakmuran negara kita.. 

Banyak lagi bukti yang mengukuhkan lagi bahawa negara kita juga mampu menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.. Di Malaysia kita dapat lihat di mana kerajaan cuba menerapkan sukan semenjak di bangku persekolahan lagi.. Mana pelajar-pelajar yang berpotensi sangat baik tidak mengira dari dari sudut kurikulum ataupun ko-kurikulum.. Jika pelajar tersebut berjaya menguasai keduanya sekali pastinya akan dapat melanjutkan pelajarannya di Sekolah Sukan, sebagai contoh di Johor, SMK Bandar Baru Penawar, Di Kuala Lumpur terdapat sekolah sukan yang di mana tersangat lah masyhur sekali, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)

Sedikit serba ringkas tentang pegenalan blog ini dan sedikit pandangan admin terhadap sukan.. Diharapkan kewujudan blog ini terus di manfaatkan, oleh itu sebarang teguran tentang blog ini ataupun ingin membuat satu artikel kepada admin, boleh hubungi admin di laman fanpage Facebook atau boleh emailkan kepada admin di mindasukankini@gmail.com..

Search

Like Us

Subscribe Us

Sign up for our newsletter to receive periodic articles, updates, freebies and premium items; every month

Recent Post

Blogger templates

Harimau Malaya

About Me

Terhangat!