Friday 13 December 2013

JDT Tumpas

Assalamualaikum..


Harimau Selatan (JDT ) tumpas di tangan Kelantan malam semalam.. Satu kekalahan yang agak besar oleh JDT.. Pertembungan dua pasukan hebat ini semestinya di tunggu oleh kedua-dua peminat / penyokong masing-masing..

Dalam perlawanan pertama, Kelantan tewas di tangan JDT 4-2 di Stadium Larkin.. Dan kali ini pula JDT tumpas dengan Kelantan sebanyak 6-1..

JDT Tumpas



Pada perlawanan tadi malam banyak menunjukkan kelemahan benteng JDT.. Kelantan bijak membuat percaturan pemain untuk sentiasa mengambil banyak peluang untuk merobek jentera pertahanan JDT untuk memperoleh gol awal.. 

Percaturan pemain, seperti Dickson, Piya dan Norfarahan memang tampak hebat.. Begitu juga dengan JDT pada malam tadi.. Walau tidak mempamirkan banyak serangan yang berbahaya, tetapi boleh di puji semangat pemain JDT yang di mana mereka berusaha walaupun mereka sudah tahu mereka akan tumpas juga.. Namun semangat seperti ini yang penyokong harapkan..

Musim ini JDT tidak berjaya, namun di musim yang akan datang pastinya JDT akan bangkit.. Mungkin dengan jentera pasukan yang sama ataupun ada penambahan pemain, terutamanya di bahagian jentera pertahanan..

 Perlawanan malam tadi jelas menunjukkan pertahanan JDT memang lemah dan itu yang perlu JDT ambil tindakan iaitu dengan membawa masuk pemain yang boleh digandingkan dengan Aidil Zaquan.. Banyak yang kata JDT lebih kurang seperti Real Madrid kerana banyak pemain pasukan Malaysia berada di JDT.. 

Musim hadapan, JDT pasti akan bangkit..



Jutawan Danial Abdul Rahim
Ditulis oleh Tuan Danial

Pakar dalam perubatan Blogspot dan Hukum Tarikan. 'Mengkaji' tentang kehidupan sejak 1996. Misinya membantu manusia meningkatkan kualiti hidup agar dunia lebih aman dan makmur.

Post a Comment

Search

Like Us

Subscribe Us

Sign up for our newsletter to receive periodic articles, updates, freebies and premium items; every month

Recent Post

Blogger templates

Harimau Malaya

About Me

Terhangat!