Friday 3 January 2014

Assalamualaikum..

Jun dan Julai ini bermulalah "demam bola".. Bagi peminat sukan khususnya bola sepak pastinya menantikan acara yang berprestij ini.. Bukan selalu Piala Dunia kita dapat tonton, sepertimana yang kita dapat tahu, Piala Dunia diadakan 4tahun sekali..

Piala Dunia 2014 : Brazil

Sedikit Info tentang Piala Dunia

Piala Dunia FIFA) adalah kejohanan terpenting dalam dunia bola sepak antarabangsa. Diselenggarakan oleh  Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) - Sumber

Pasukan Manakah Yang Layak??

Sepertimana yang kita tahu, baru-baru ini telah pun berlansung sesi cabutan bagi menentukan 32 negara yang bertanding bagi merebut piala yang berprestij ini.. 

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014


Ini adalah pembahagian secara kumpulan berdasarkan cabutan yang telah di buat  :

Group A: Brazil, Croatia, Mexico, Cameroon

Group B: Spain, Netherlands, Chile, Australia

Group C: Colombia, Greece, Ivory Coast, Japan

Group D: Uruguay, Costa Rica, England, Italy

Group E: Switzerland, Ecuador, France, Honduras

Group F: Argentina, Bosnia-Herzegovina, Iran, Nigeria

Group G: Germany, Portugal, Ghana, USA

Group H: Belgium, Algeria, Russia, Korea 

Apakah Pasukan Pilihan Anda??

Bagi saya, tentu sekali saya meminati Sepanyol.. Corak permainan yang ditonjolkan memang mantap.. 4 tahun lepas semasa di Afrika Selatan, Sepanyol muncul juara.. Bagaimana pula tahun ini?? Sama-sama kita saksikan..

Rasa bangga sedikit mempunyai negara yang mewakilkan Asia, iaitu Jepun dan Korea Selatan.. Tetapi dalam pada masa yang sama turut memikirkan entah bila negara kita akan berpeluang memasuki Piala Dunia ini..

Terkenang kembali zaman kegemilangan negara kita dahulu, kehebatan Arwah Mokhtar Dahari yang digeruni oleh rata-rata negara lain.. Super-Mokh selalu saya sendiri mendengar, bila kita bakal mendapat pemain seperti beliau..



Search

Like Us

Subscribe Us

Sign up for our newsletter to receive periodic articles, updates, freebies and premium items; every month

Recent Post

Blogger templates

Harimau Malaya

About Me

Terhangat!